Sunday, 21 October 2012

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan   Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."
Dalam bulan Oktober/November ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringkat SPM (Gred 17) oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

1. Pembantu Perpustakaan Gred S17 (Jabatan Perpustakaan Negara) (17 Kekosongan)2. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17 (Jabatan Pertahanan Awam) (51 Kekosongan)3. Pembantu Makmal Gred C17 (Jabatan Kimia Malaysia (25 Kekosongan)
Tarikh Tutup Permohonan: 4 November 2012Location : SELURUH MALAYSIA

Untuk Membesarkan Imej, Sila Klik Kanan Mouse Anda Pada Maklumat Kekosongan Jawatan dan Klik Open Link In New Tab. Selepas Keluar New Tab.. Klik Sekali Lagi Pada Iklan Berkaitan Untuk Imej Yang Lebih Jelas.







No comments:

Post a Comment