Assalamualaikum wm wbt,
Tuan/Puan,
Adalah saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas. Surat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia, rujukan : KPT.S.500-8/2/6 Jld.2 (13) bertarikh 10 Januari 2012 juga adalah dirujuk dan dilampirkan bersama.
2. Adalah dimaklumkan, KPT mempelawa Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan di Education Malaysia (EM), KPT. Jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
(i) Pengarah Gred 52/54 (Terbuka), Education Malaysia Australia
(ii) Pengarah Gred 48/52 (Terbuka), Education Malaysia Chicago
(iii) Pengarah Gred 48 (Terbuka), Education Malaysia :
· Dubai
· Ho Chi Minh City
· Indonesia
(iv) Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka), Education Malaysia
· Indonesia
· London
· Australia
· New Zealand
· Mesir
· Washington
· Los Angeles
· Chicago
· Jordan
(v) Atase Pendidikan (Bimbingan Agama) Gred 41/44 (Terbuka), Education Malaysia
· London
· Washington D.C.
· Australia
· Chicago
(vi) Atase Pendidikan (Promosi) Gred 41 (Terbuka), Education Malaysia
· Dubai
· Indonesia
· Beijing
· Ho Chi Minh City
3. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang KPT.S.500-8/2/6 Jld.2 seperti di lampiran. Salinan iklan pengambilan dan syarat permohonan juga dilampirkan sebagai rujukan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Februari 2012 (Rabu).
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:
i) Puan Izzatul Fardiah binti Othman
Emel : izzatul@mohe.gov.my
Telefon : 03-8870 5211
ii) Cik Norhana bt Abd Aziz
Emel : norhana.pts@mohe.gov.my
Telefon : 03-8870 5241
A) Iklan Pengambilan Pegawai Education Malaysia
B) Borang Permohonan Education Malaysia
C) Lampiran A Education Malaysia
No comments:
Post a Comment