Submitted by admin for Yayasan Sofa
4 Kekosongan Jawatan: Swasta / Private |
Job Description : Jawatan Kosong Yayasan Sofa Sejarah YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN bermula dengan penubuhan Madrasah Al-Hasaniah, yang bermula dengan terbinanya sebuah surau kecil dua tingkat bertiang sembilan separuh batu dan separuh kayu di atas tanah kepunyaan Hajjah Zainab binti Mahmud di Kg. Chenong, dalam Kariah Masjid Kg. Nerasau, Rembau pada bulan Februari 1996 dengan modal permulaan sebanyak RM17. Nama asal surau ini ialah Surau Al-Falah. Kemudian namanya ditukar kepada Surau Al-Taufiqi Al-Husaini dan didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada 2 Jun 1999 dengan No. Pendaftaran: 11/99. Berkat kesabaran dan ketabahan pengasas surau ini menghadapi setiap cubaan dan rintangan, Surau Al-Taufiqi Al-Husaini telah mengalami beberapa pengubahsuaian dan pembesaran beberapa kali sejak tahun 1998 hingga tahun 2002 dengan perbelanjaan keseluruhannya berjumlah RM126,000 hasil sumbangan orang ramai dan ahli pengajian. Surau ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd. Isa Bin Dato’ Hj. Abdul Samad pada 24 Mei 2002. Manakala sepanjang tahun 2003, melihat kepada sambutan yang cukup memberangsangkan, pengasas surau ini telah berusaha mengorak langkah lebih jauh dengan membuka dan mendirikan sebuah tempat pengajian baru di atas tanah wakaf di Kg. Bukit Sembilan. YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN (YSNS) telah ditubuhkan pada 17 Februari 2004 dengan nombor pendaftaran 0202/04/9 dengan tujuan untuk menjadi nadi kepada aspek-aspek pembangunan modal insan, pendidikan dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam berasaskan kepada tiga sendi agama iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Yayasan Sofa amat komited di dalam menjunjung dan mempertahankan fahaman Ahli Sunnah wal Jama’ah dengan mengambil peranan sebagai pendidik yang mengimbangi antara keperluan duniawi dan ukhrawi, termasuk penggunaan teknologi maklumat sesuai dengan keperluan masakini. Pendidikannya berasaskan penyampaian intelektual serta tarbiah Islamiah dan diterapkan melalui institusinya agar dapat melahirkan insan rabbani. 1. Pembantu Tadbir 2. Guru Hafazan 3. Pegawai Keselamatan 4. Akauntan MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN Tarikh Tutup Permohonan: 16 Disember 2011 Location : KUALA LUMPUR |
No comments:
Post a Comment